Ya... so cool, sesuatu yang bertanggung jawab. Perbincangan tentang poligami adalah satu perbincangan yang agak
sensitif bagi ramai orang yang mengikut tanpa ilmu. bila disebut 'orang
ramai' kita semua tahu apa yang al-Quran sebut tentang orang ramai .
firman Allah "janganlah kamu mengikut orang ramai, pasti mereka akan
menyesatkan kamu". halalnya poligami disebut jelas di dalam al-Quran dan
terdiri dari ayat muhkamat (mudah difahami)
"Dan jika kamu takut
tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu
berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian
jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri
kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah)
hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih
dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."
an-nisa ayat 3
saya selalu bertanya kepada ramai orang mengapa
ayat ini disusun sedemikian rupa dan bukannya "berkahwinlah seorang
sahaja dan jika kamu rasa boleh berlaku adil maka kahwinlah 2,3, ataupun
4". kita semua tahu apa yang didahulukan adalah lebih utama dari apa
yang dikemudiankan. ayat al-quran di atas bukan sahaja ayat yang
menghalalkan poligami bahkan adalah ayat yang menggalakkan poligami.
saya pernah membaca satu majalah wanita yang mana seorang pensyarah
dan ahli motivasi berkata bahawa 'poligami adalah halal tetapi tidak
digalakkan sepertimana perceraian'. saya meminta ahli motivasi terbabit
bertaubat kerana telah menerangkan hal yang salah tentang hukum
poligami. jangan kerana kita membenci sesuatu, kita memberika hukum yang
salah dan mengelirukan orang ramai. ayat 'hala tapi dibenci' adalah
ditujukan kepada perceraian.
Dari Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda: "Sesuatu yang halal tapi dibenci Allah adalah perceraian" [H.R. Abu Daud dan Hakim]
mengqiaskan perceraian dengan berpoligami adalah satu hal yang batil
da berdosa besar dan mengajak dan mengelirukan orang ramai tentang
perkara yang dihalalkan oleh Allah juga termasukkan dalam hal kerosakan
akidah.
"Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang yang
tidak beriman kepada ayat-ayat Allah, dan mereka itu ialah orang-orang
yang bertabikat berdusta." an-nahl:105
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi
mereka, dan (Allah) mensia-siakan amal-amal mereka.Berlakunya yang
demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan
oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang
diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal
mereka. surah Muhammad: 8-9
itulah sebabnya rasulullah dan para sahabat berpoligami. yang
menakjubkan dengan poligami rasulullah adalah poligami yang bersebab.
dan semua maklum rasulullah berpoligami setelah kewafatan isteri
tersayang, saiditina khadijah r.a.
rasulullah mengahwini
safiyyah, seorang bangsawan berbangsa yahudi selepas perang khaibar
adalah untuk mendekatkan jurang antara Islam dengan yahudi. Zainab
dinikahi rasulullah adalah untuk menghapuskan hukum anak angkat adalah
sama dengan anak sendiri. rasulullah mengahwini juwairiyah adalah untuk
merapatkan Islam dengan kaumnya bani musyaliq. rasulullah mengahwini
saudah yang telah sangat lanjut usianya kerana dia telah kehilangan
suami di waktu peperangan.
amalan yang sama dilakukan oleh para
sahabat. ramai sahabat yang mengahwini para balu yang suami mereka mati
dalam peperangan memperjuangkan Islam. ini untuk memastikan setiap
wanita ada keluarga dan tempat berlindung.
saya tertarik dengan
penjelasan Dr Yusuf Qardhawi tentang poligami. dalam bukunya, Dr Yusuf
Qardhawi berkata apa yang dihalalkan oleh Allah adalah sesuatu yang
bermanfaat bagi manusia.Allah tidak akan menghalalkan sesuatu yang
memudharatkan manusia. ini selari dengan firman Allah:
"ada
kalanya kamu membenci sesuatu sedangkan ianya baik bagi kamu dan ada
kalanya kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya buruk bagi kamu"
keperluan masa kini
poligami
adalah lebih releven sekarang lebih dari zaman-zaman sebelum ini.
sebelum saya pergi lebih lanjut, ingin dinyatakan di sini bahawa Islam
adalah satu cara hidup yang mahukan setiap manusia hidup berpasangan.
ini adalah kerana beberapa faktor iaitu:
1. setiap pasangan melindungi satu dengan yang lain seperti firman Allah
"kamu
menjadi selimut kepada mereka dan mereka menjadi selimut kepada kamu"
kita semua mengetahui bahawa wanita yang tidak berkeluarga lebih mudah
diganggu daripda wanita yang berkeluarga.
2. tempat kasih sayang
kita
mahu ada orang yang dekat dengan kita setiap masa. orang yang kita
boleh luahkan perasaan dan masalah sama ada dengan pasangan atau
anak-anak. firman Allah "kami menciptakan kamu pasangan dikalangan kamu
sendiri supaya kamu berkasih sayang dengan mereka....."
3. pembinaan keluarga
islam
sangat menggalakkan pembinaan keluarga yang HALAL melalui perkahwinan.
ini selari dengan sabda Rasulullah " aku berbangga melihat ummatku yang
ramai...."
sabda Rasulullah " wanita yang terbaik ialah yang paling ramai anaknya....."
atau
".... sesiapa yang membenci sunnahku sesungguhnya dia bukan dari ummatku"
4. bantuan hari tua
hari
tua adalah hari yang menyusahkan. di waktu itu kisihatan kita mula
merosot dan kita dilanda dengan pelbagai jenis penyakit. alangkah
baiknya jika kita memiliki anak-anak yang boleh menolong kita di waktu
tua kita jika kita berkeluarga.
saya masih teringat di satu bulan
ramadhan ayah saya memberitahu saya ada seorang perempuan tua di
kampung tempat tinggal saya yang tinggal seorang diri keranan tidak
pernah berkahwin sedangkan orang lain bergembira berbuka puasa
beramai-ramai bersama anak-anak dan cucu-cucu mereka.
banyak lagi
yang boleh disenaraikan tetapi cukuplah untuk setakat ini bagi
membolehkan saudara faham betapa pentingnya memiliki sebuah keluarga.
malangnya kita tidak berada di dunia yang IDEAL. saya berikan gambaran
dunia yang IDEAL.
###################
di dunia ideal,
setiap orang berkeluarga. setiap orang memiliki anak-anak. tidak ada
walaupun seorang lelaki atau wanita yang tidak bekeluarga. setiap orang
di hari tua memiliki keluarga masing-masing dan tiada orang yang tinggal
seorang diri
###################
kita berada di dunia
REALITI. di dunia realiti ada orang yang berpeluang berkeluarga dan ada
orang yang tidak dapat berkahwin kerana tiada orang yang mahu
menjadikannya sebagai teman hidup atau beberapa faktor. antara faktor
terbesar yang membawa kepada masalah ini ialah nisbah lelaki dan
perempuan yang tidak sama seperti hadith Rasulullah "di akhir zaman,
nisah lelaki dan perempuan ialah 1-50".
nisbah 1-50 tidak boleh
hanya dilihat dari angka nismah lelaki dan perempuan. banyak faktor lain
yang perlu diambil kira apabila kita ingin menilai adalah nisbah lelaki
dan perempuan adalah sama. faktor-faktor yang dinyatakan dibawah juga
perlu diambil kira.
faktor 1: ramai lelaki yang terlibat dengan
jenayah dan dadah yang menyebabkan mereka tidak boleh dimasukkan ke
dalam statistik lelaki yang boleh dikahwini. kebanyyakan daripada
mereka ialah lelaki Islam. memasukkan golongan ini ke dalam statistik
lelaki yang boleh dikahwini adalah tidak tepat.
faktor 2: semakin ramai wanita yang berpendidikan tinggi dan pendapatan tinggi
saya
gabungkan pendidikan dan pendapatan kerana ianya saling berkait rapat.
jumlah pelajar wanita di pusat pendidikan tinggi ialah 70% daripada
keseluruhan pelajar. dari sini kita boleh lihat bagaimana masa depan
akan terbentuk. semakin ramai wanita berpendidikan tinggi maka semakin
ramailah wanita yang berpendapatan tinggi. entah mengapa wanita di zaman
dahulu hingga sekarang lebih menyukai lelaki yang lebih pandai dan
lebih kaya dari mereka. ini mungkin perasaan yang telah ada pada diri
wanita secara fitrah supaya kebajikannya dan anak-anak akan terjamin.
bagaimanakah wanita-wanita berpendidikan tinggi ini dapat mencari lelaki
yang lebih berpendapatan tinggi dari mereka jika jumlah lelaki yang
masuk ke pusat pendidikan tinggi adalah kurang. sesetengah wanita
berpendapatan tinggi lebih suka berkongsi suami yang berpendidikan
tinggi daripada berkahwin dengan lelaki yang miskin.
faktor 3: semakin ramai lelaki yang rosak akhlaknya
semakin
ramai lelaki sekarang yang rosak ahlaknya. ramai yang kurang agama,
tidak sembahyang, tidak puasa dan ramai pula yang telah hilang terunanya
di waktu muda. ini kerana faktor-faktor yang telah dibincangkan sebelum
ini.
buku ini ditulis untuk orang yang menjaga agama dan
keturunannya. orang yang tidak meletakkan Islam sebagai cara hidup tidak
membaca buku ini. jika sahabat ingin memcari lelaki yang beragama,
jumlahnya tentulah agak berkurangan kerana faktor yang disebutkan tadi
perhatian: penulis artikel ini menghormati pendirian
orang yang tidak mahu berpoligami tetapi yakin bahawa poligami adalah
halal di sisi Islam dan mendatangkan kebaikan kepada manusia. ia tidak
bertujuan mempengaruhi apa-apa keputusan dalam program cari jodoh.
usaha menyekat poligami
peranan gerakan pembebasan wanita
gerakan pembebasan wanita (GPW) adalah golongan yang sangat kuat
menentang poligami selain daripada media barat. mereka yang tidak
menutup aurat dengan beraninya bercakap tentang hal-hal Islam. mereka
biasanya disokong oleh sesetengah ahli politik yang menyebabkan
penyebaran propaganda mereka menjadi lebih mudah dan berkesan
ditambahkan pula penulis-penulis mereka dibenarkan untuk menulis
artikel-artikel di akhbar-akhbar yang terkenal.
pernah juga mereka melancarkan kempen supaya seorang suami hanya
dibolehkan mempunyai seorang isteri sahaja semata-mata untuk
mengharamkan poligami. di beberapa negara sekular, ada undang-undang
yang cuma membolehkan seseorang itu berkahwin lagi hanya jika isterinya
mandul atau berpenyakit sedangkan islam tidak pernah meletakkan syarat
seseorang itu berpoligami. ini adalah taktik untuk menyukarkan lagi
poligami.
“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh
lidahmu secara dusta, ‘Ini halal dan ini haram,’ untuk mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah tidaklah beruntung.” (QS. An-Nahl [16]: 116)
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.”
(QS. Al-Baqarah [2]: 185)
sebenarnya pengharaman atau undang-undang untuk menyukarkan lagi
poligami hanya mendatangkan keburukan kepada kita dan masyarakat seperti
mana yang telah berlaku kepada negara barat. sedangkan Allah tidak
menghalalkan sesuatu perkara itu melainkan untuk kebaikan manusia juga.
gerakan wanita Islam turut terpengaruh
bertambah malang lagi apabila yang terpengaruh dengan propaganda
gerakan pembebasan wanita ialah organisasi muslimat yang menjalankan
dakwah Islam. mereka bercakap tentang perlunya undang-undang Islam,
perlunya pemerintahan Islam tetapi apabila ditanya tentang poligami,
kefahaman mereka dipengaruhi oleh golongan feminisma. ada di antara
muslimat yang sangat membenci poligami. ini kerana mereka terlalu banyak
melakukan aktiviti dakwah dan kurang masa digunakan untuk belajar
tentang fikrah islamiyah.
mereka tidak sedikitpun terfikir tentang sahabat-sahabat mereka yang
masih belum bersuami walaupun usia sudah lanjut sedangkan sepatutnya
ukhuwah dikalangan gerakan wanita Islam adalah lebih rapat berbanding
orang awam. falsafah yang digunakan ialah "yang penting aku bersuami,
orang lain apa nak dihiraukan".
ada yang lebih sibuk dengan dakwah politik tetapi pengabaikan islah
yang paling utama yang patut dilakukan oleh gerakan wanita islam iatu
islah keluarga. bila disebut islah keluarga, ia adalah satu pengertian
yang luas. ia merangkumi segala perkara yang berkaitan dengan hal
kekeluargaan seperti:
1. hal pencarian jodoh untuk kaum wanita, golongan andartu dan ibu tunggal.
2. hal pendidikan anak-anak
3. hal mencegah masalah sosial
4. hal perlindungan kaum wanita dari segi hak dan keselamatan
5. dan banyak lagi
apa yang berlaku ialah mereka hanya berteori. ceramah demi ceramah
dilakukan tetapi tidak turun padang untuk bersama dengan remaja Islam
yang rosak akhlaknya. saya pernah membaca satu artikel yang mana ketua
gerakan wanita islam apabila bercakap tentan gejala sosial berkata
mereka telah menasihatkan pihak kerajaan untuk membendung gejala sosial.
ini adalah satu kenyataan yang sangat mengejutkan saya. dengan keahlian
begitu ramai di seluruh negara yang hanya mampu ketua gerakan wanita
islam ini katakan ialah dia telah menasihati kerajaan untuk menangani
gejala sosial? tidakkah dia sedar bahawa dia sepatutnya bertanggungjawab
untuk menggerakkan semua ahli di seluruh negara untuk melancarkan
kempen memerangi gejala sosial? apa yang telah berlaku?
poligami disekat, pintu zina dibiarkan
kita lihat golongan yang cuba untuk mengharamkan poligami dengan
pelbagai cara bukanlah orang yang ikhlas terhadap agama bahkan merekalah
yang cuna untuk memasukkan pengaruh barat ke dalam sistem perundangan
Islam. dalam keadaan pintu poligami cuba ditutup dengan apa cara
sekalipun, pintu zina dibuka seluas-luasnya. mereka tidak pernah
walaupun sekali menyebut untuk mengetatkan undang-undang untuk
membendung gejala zina. mereka tidak pernah bercakap tentang pergaulan
bebas lelaki perempuan, pemakaian seksi oleh wanita Islam, pergaulan
bebas di kalangan pelajar dan sebagainya.
masalah pembuangan bayi
saya masih ingat apabila heboh isu pembuangan bayi yang berlaku
diseluruh negara, yang dirunsingkan ialah pembunuhan anak yang tidak
berdosa dab=n bukannya gejala zina yang membawa kepada gejala buang
anak. mereka cuba untuk menambah hukuman kepada orang yang membuang anak
tetapi tidak pernah menyebut untuk menambah hukuman terhadap menzina.
mereka runsing bayi dicampak di merata tempat tetapi tidak pernah
runsing gejala zina dan yang berlaku di merata tempat.
pendidikan seks yang dirangka untuk diajar di sekolah dan universiti
adalah untuk mendidikan golongan muda untuk melakukan seks(zina) dengan
selamat supaya tidak berlaku pembuangan anak dan bukannya untuk
mendidikan golongan muda untuk menjauhi zina.
orang bukan islam mempraktiskan poligami tanpa had
kalau Islam hanya membenarkan poligami hanya kepada 4 orang isteri
sahaja, oranng bukan Islam boleh 'berpoligami' tanpa had pasangan. ini
berlaku dengan cara memiliki perempuan simpanan. bukan satu rahsia
bahawa orang-orang bukan Islam yang kaya memiliki perempuan simpanan
yang ramai. mereka menyediakan rumah dan wang kepada perempuan-perempuan
ini dengan syarat kehendak mereka dipenuhi. walaupun bila ditanya,
mereka akan berkata 'saya ada seorang isteri', tetapi hakikatnya mereka
memilihi isteri tidak rasmi tanpa had. sistem ini lebih buruk daripada
sistem yang islam anjurkan dan inilah sistem yang masyarakat Islam
mendekatinya sekarang.
kita semua tahu bahawa perempuan simpanan adalah golongan yang
malang. mereka tidak memiliki hak sepertimana seorang isteri dari segi
undang-undang. mereka tidak ada hak untuk menuntut harta, tidak ada hak
untuk menuntut nafkah, tidak ada hak mahkamah jika lelaki itu
meninggalkan dia. yang lebih memeningkan kepala lagi di barat, mereka
meletakkan undang-undang bahawa hubungan seks tidak boleh disertakan
dengan pemberian wang. kerana memberi wang dikira sama dengan pelacur.
jadi berlakulah tragedi wanita barat dijadikan tempat pemuasan nafsu
tetapi dibiarkan begitu sahaja tanpa menghiraukan keperluan seharian
mereka. pelacur mendapat wang untuk keperluan harian, perempuan simpanan
salah dari segi undang-undang untuk diberikan wang. mereka terpaksa
menanggung kehidupan mereka sendiri tanpa diberi 'nafkah' oleh lelaki
yang meniduri mereka.
orang bukan Islam walaupun mereka tidak boleh berpoligami, tapi
wanita-wanita mereka boleh mempunyai hubungan dengan lelaki lain dan
boleh mempunyai anak melalui hubungan haram dengan lelaki lain. ini
bermakna wanita bukan Islam walaupun tidak dibenarkan berpoligami,
mereka masih boleh merasa perhubungan dengan lelaki dan boleh memiliki
anak walaupun anak itu anak hasil hubungan haram.
yang malangnya dengan wanita islam ialah bukan sahaja mereka tidak
berpeluang untuk berkahwin kerana poligami disekat, wanita-wanita
solehah ini juga tidak boleh berhubung dengan lelaki lain dan tidak
boleh memiliki anak kerana kerhubungan diluar pernikahan adalah haram.
jadi di sini kita boleh lihat ialah pengharaman poligami lebih membawa
akibat buruk kepada wanita Islam berbanding wanita bukan Islam.
kisah lucu di negara bukan Islam
kita semua tahu bahawa di negara bukan Islam, poligami adalah
diharamkan kerana mereka berkata poligami merendahkan martabat wanita.
yang hairannya ialah budaya perempuan simpanan tidak pula dikatakan
sebagai merendahkan martabat wanita. satu kisah di mana seorang lelaki
muslim berpoligami. dia menjalankan tanggungjawabnya dari segi nafkan
dan tanggungjawab dengan baik. disebabkan poligami diharamkan, jadi dia
pergi ke rumah isteri keduanya secara bersembunyi.
apabila hal ini diketahui oleh jirannya, jirannya membuat laporan
polis. satu hari apabila dia pergi ke rumah isteri keduanya, dia telah
diserbu oleh pihak polis kerana dituduh berpoligami. apabila disoal di
rumahnya, lelaki muslim itu berkata "ini bukan isteri kedua saya, ini
perempuan simpanan saya". pegawai yang melakukan serbuan itu berkata
bahawa dia telah melakukan kesilapan kerana membuat serbuan dan meminta
maaf kerana serbuan tersebut. lelaki muslim itu tidak diganggu lagi
kerana dia memberi alasan bahawa di datang ke rumah perempuan
simpanannya (mistress).
baru-baru ini ketika kempen anti islam memuncak di Perancis, seorang
lelaki muslim telah ditangkap kerana mengamalkan poligami. di hadapan
wartawan yang mengerumuninya, dia berkata bahawa Perancis mengharamkan
poligami tetapi menghalalkan perempuan simpanan yang menjadi budaya
masyarat. ini mendatangkan kemarahan masyarakat dan media Perancis
kerana menghebahkan budaya perempuan simpanan yang biasa dilakukan oleh
golongan berada.